Perjalanan Misi ke Sumatra Utara (Sumut) pada 24 April - 1 Mei 2003

Ahli Tim: Pastor Sanusi dan Tee Joo Tatt

24 April, Khamis - Pada 20 April, Ahad, Joo Tatt kehilangan suara langsung tetapi puji Tuhan, pada 24 April, suara telah pulih. Pada 24 April, Saudara Lim Sze Choong hantar kami ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL). Kami sampai pada 7:45 pagi dan diberitahu bahawa penerbangan kami yang sepatutnya pada 9:30 pagi telah ditundakan ke 12:30 tengahari. Kami sampai di lapangan terbang Polonia, Medan pada 12:30 tengahari. Pak Clarence menjemput kami dan membawa kami ke tempat penukaran wang.
Pak Clarence Tamin, Pastor Sanusi dan Joo Tatt
di rumah Pak Clarence

Pdt Gordon Silaban -
Direktor Misi Sumut
Kami sampai di Berastagi pada 2:45 petang untuk makan tengahari di Restoran Asia. Kami berjumpa Pak Gordon Silaban di GSJA (Gereja Sidang Jemaat Allah) Trinity. Pada 5 petang, kami dibawa oleh Yan Simiring (Doktor) ke Gereja Wesleyan Indonesia Kristus Raja, Kaban Jahe. Pendetanya ialah Pak Yosman, seorang kawan baik Pak Engel yang datang dari P. Timor juga. Di gereja itu, sudah ada 60 jemaat yang sedang menunggukan kami. Pastor Sanusi berkhutbah mengenai Tuhan Yesus yang adalah dasar hidup kita, kita perlu menggali dalam-dalam firman Tuhan dan Tuhan Yesus bersama kita selamanya. Selepas Kebangunan dan Kebangkitan Rohani (KKR), kami berdoa untuk ramai jemaat dan puji Tuhan - 2 orang secara serta-merta disembuhkan - seorang ibu yang sakit lehernya dan seorang ibu yang sakit kepala.

Kami bersekutu dengan Pak Yosman dan pemimpin, lalu Pak Yan Simiring menghantar kami kembali ke Gereja Pak Gordon Silaban. Kami ada persekutuan dengan Gereja Pak Gordon dan berbincang tentang keperluan pelayanan di Sumut. Kami diberitahu yang Pak Gordon adalah Direktor Misi Sumut.

25 April, Jumaat - Kami ada devosi pada pukul 5 pagi bersama Pak Gordon dan pelajar-pelajar SOM (School of Missions) dengan Ratna (Dean of SOM). Kami bergumul dan berdoa dan membacakan 4 bab (1 Sam 30-31, 1 Tawarikh 10, Matius 12). Pada pukul 7 pagi, seorang ibu yang kerasukan roh jahat dibawa masuk oleh bapanya dan 2 lagi saudara. Kami mengikat roh-roh jahat dan memanggil ibu itu untuk menerima Yesus. Kemudian roh-roh jahat diusir keluar. Sesudah itu, dia mengatakan yang dia berketakutan akan penglihatan roh-roh jahat. Justeru, dia dirasuk lagi sebab ketakutan. Kami mengusir lagi roh-roh jahat dan membacakan firman Tuhan kepada ibu itu - Mazmur 23, Filipi 4:6-8, Yesaya 40:31 dan Yesaya 41:10. Pada masa ini, kami juga diingatkan dengan bacaan pagi tadi dari Matius 12. Bab ini adalah mengenai orang yang dirasuk roh jahat. Amaran diberi supaya jangan membiar orang yang telah dibebaskan itu kekosongan, hanya untuk dirasuk dengan lebih roh-roh jahat. Ada juga petikan mengenai mengikat orang kuat (setan).

Sesudah makan sarapan pagi, kami menaiki Sampri (syarikat van) ke Sidikalang. Di tempat duduk yang hanya untuk 3 orang, kami menduduk 4 orang. Akhirnya, Pastor Sanusi mengalami sakit pinggang. Ibu yang di sebelah kanan Joo Tatt berbual tentang agama Kristen. Dia seorang yang dari HKBP (Huria Kristen Batak Protestan - Huria bermaksud gereja). Dia berbincang dengan Joo Tatt mengenai keperluan untuk mengampuni orang lain agar Bapa di sorga akan mengampuni kami juga. Lalu dia berkata bahawa pengampunan terhadap orang lain adalah susah sebab kami masih mengingatkan perkara yang menyakitkan kami. Joo Tatt memberitahunya bahawa peringatan tidak bermaksud tidak mengampuni sesesorang, jikalau peringatan kita tentang perkara itu tidak lagi membawa kepahitan dalam hati kami. Sampri itu singgah di tempat makan dan dibawa Sampri itu untuk dimemperbaiki pintunya yang tidak boleh dibuka. Sesudah diperbaiki, pintu itu sekarang ada masalah berlainan lagi - pintu tidak boleh ditutup!

Pendeta Lie Chyn Chiang
Kami sampai ke rumah Pak Lie Chyn Chiang di Sidikalang pukul 2 petang. Pak Lie adalah seorang yang telah belajar di Universiti di Jakarta mengenai bisnes. Ia memulakan bisnes tetapi meninggalkan semua untuk melayani Yesus sepenuh masa. Selepas beristirahat, kami mengikut satu kumpulan pendeta ke suatu tempat pedalaman untuk berjumpa dengan Pdt. Barasa di GSJA "Glad Tidings" Kuta Tengah. Beliau seorang yang bertalenta main keyboard. Gereja beliau adalah gereja "Glad Tidings". Isterinya baru melahirkan seorang anak lelaki dan kami mendoakan untuk kesihatan isteri dan anaknya.
Pdt Barasa dan anaknya yang baru dilahirkan,
di GSJA "Glad Tidings" Kuta Tengah

Sesudah istirahat petang itu, kami di bawa ke Km 11 Sidikalang (mengarah ke Tiga Lingga) untuk KKR malam itu. Pdt Nurlita telah menyediakan makanan yang sedap termasuk gado-gado. Gado-gado itu juga bergaduh-gaduh di perut Joo Tatt dan sesudah ke W.C. (tandas), dia sedia untuk berkhutbah. Ramai jemaat (agaknya 70 orang) berkumpul untuk KKR pada pukul 8 malam. Dinding gereja yang di buat oleh papan dibuka supaya jemaat yang berkumpul di luar dapat bersama-sama dalam KKR. Khutbah adalah mengenai kehidupan kita, walaupun ditindas badai, kita harus hidup dengan mata tertuju kepada Tuhan Yesus yang memberikan kita kekuatan yang baru. Kehidupan Yusof digunakan sebagai contoh. Walaupun abang-abang beliau telah mereka-rekakan yang jahat terhadap Yusof, tetapi Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar. Sesudah berkhutbah, apabila panggilan mimbar diberikan, ramai jemaat ke hadapan untuk didoakan. Seseorang ibu yang menggunakan tongkat untuk berjalan didoakan Pastor Sanusi. Puji Tuhan, dia langsung boleh berjalan mengelilingi mimbar tanpa menggunakan tongkat!

Kanak-kanak memuji Tuhan semasa KKR di Km 11 Sidikalang. Perhatikan papan-papan di dinding belakang telah dikeluarkan agar lebih ramai dari luar dapat bersama-sama dalam KKR.
Pdt Nurlita yang memimpin pujian dan Pdt Barasa yang memain keyboard semasa KKR di Km 11 Sidikalang.
Joo Tatt menyampaikan firman Tuhan
semasa KKR di Km 11 Sidikalang.
Joo Tatt doakan seorang ibu
pada masa panggilan mimbar
semasa KKR di Km 11 Sidikalang.
Pastor Sanusi doakan ibu yang pakai tongkat
semasa KKR di Km 11 Sidikalang.
Puji Tuhan! Ibu berjalan tanpa tongkat!
Lepas berdoa, walaupun sudah pukul 10 malam, tetapi ramai jemaat masih berkumpul menanti-nantikan tayangan mengenai kehidupan Yusof. Walaupun tayangan �Perang Santet� yang telah dirancangkan terdahulu ditayangkan, puji Tuhan, VCD mengenai Yusof juga telah dibawa bersama-sama Pak Lie. Sesudah tayangan kehidupan Yusof, tayangan tentang nabi Musa pula ditayangkan. Walaupun sudah 12:30 tengah malam, jemaat yang berkumpul hendak terus menonton. Bila tayangan telah tamat, sudah pukul 1:30 pagi. Para tim memaku balik dinding yg dikeluarkan tadi dan kumpulkan segala alat muzik, speaker dan mixer. Bila kami sampai ke rumah Pak Lie di Sidikalang untuk istirahat, waktu sudah melebihi pukul 2 pagi!

26 April, Sabtu - Pada pagi hari, Pak Lie membawa kami bersama satu kumpulan pendeta melawat 2 buah gereja di kawasan pedalaman. Kami melawat gereja Pdt Tulus Mariam Purba iaitu GSJA "Glad Tidings" Janji Mauli. Kami bersama-sama memegang tangan dan Joo Tatt mendoakan pergumulan pendeta untuk gereja itu. (Pastor Sanusi telah kehilangan suara) Kami juga dibawa melawat gereja Pdt Meryati Siregar di GSJA "Glad Tidings" Lae Parira. Kami juga berdoa untuk gereja itu dan jemaatnya.

Di luar GSJA "Glad Tidings" Janji Mauli
Di dalam GSJA "Glad Tidings" Janji Mauli.
Gembala sidang ialah Pdt Tulus Mariam Purba
yang berpakaian kuning berbunga.
Di luar GSJA "Glad Tidings" Lae Parira
Di dalam GSJA "Glad Tidings" Lae Parira.
Gembala sidang ialah Pdt Meryati Siregar
yang berpakaian biru cerah.

Pak Lie membawa kami balik ke Sidikalang untuk makan tengahari. Pastor Sanusi dapat menikmati makanan kegemaran Pastor iaitu babi panggang. Setelah istirahat petang, suara Pastor Sanusi telah pulih selepas didoakan! Haleluya!

Pada pukul 7 petang, hujan lebat turun dan kami berdoa agar hujan akan dihentikan pada pukul 7:30 malam agar jemaat dapat datang ke KKR pada pukul 8 malam. Puji Tuhan! Hujan telah reda pada pukul 7:30 malam dan kami berjalan ke gereja bersama Pak Lie. Gereja ini adalah GSJA Glad Tidings Jln Nusantara. Pastor Sanusi memberi khutbah mengenai Yesus sebagai dasar hidup kita. Kami doakan jemaat yang datang ke hadapan semasa panggilan mimbar.

Pastor Sanusi dengan pelayan-pelayan angkat suara pujian
semasa KKR di Sidikalang.
Pastor Sanusi menyampaikan firman Tuhan
semasa KKR di Sidikalang
Pastor Sanusi dan Joo Tatt doakan jemaat
semasa panggilan mimbar di Sidikalang.
Para tim pelayan
semasa KKR di Sidikalang.
27 April, Ahad - Pada pagi ini, Pak Lie membawa anak kecilnya Christopher ke doktor sebab batuk yang sudah lama. Kebaktian bermula pada pukul 9:45 pagi dan pada pukul 10 pagi, Pastor Sanusi pergi ke Km 11 Sidikalang untuk kebaktian pada pukul 11 pagi. Joo Tatt mengajar pelayan muzik lagu �Karena KasihNya�. Lagu ini dinyanyikan oleh Joo Tatt bersama pelayan muzik sebagai persembahan yang sungguh bermaksud, memberikan sebabnya Yesus datang ke dunia penuh cela untuk menderita. Kebetulan, hari itu baru satu minggu selepas Paskah. Pak Lie tidak sempat balik dan Joo Tatt menyampaikan khutbah tentang iman yang adalah apa yang diharapkan dan tidak dapat dilihat. Khutbah itu juga mengenai mata kita yang harus tertuju kepada Tuhan Yesus menghadapi masalah dalam kehidupan kita. Selepas khutbah, Pak Lie masuk ke dalam gereja. Joo Tatt berasa sungguh lega sebab dia harus ke gereja Sitinjo untuk kebaktian pada pukul 11 pagi. Pak Lie yang membuat panggilan mimbar.

Pada masa itu, Pastor Sanusi bersama Pdt Nurlita pergi ke Km 11 Sidikalang. Pastor Sanusi memberi berkhutbah mengenai Yesus sebagai dasar hidup kita. Pada masa yang sama, Joo Tatt dibawa oleh Pdt Roma ke Sitinjo. Kami terpaksa menunggu 15 minit untuk kenderaan ke Sitinjo. Pada perjalanan masuk ke gereja, ada beberapa orang yang berteriak �Puji Tuhan�. Pdt Roma beritahu yang itu adalah ejekan saja dari orang KTB (�Kristen� Tanpa Tobat). Apabila kami sampai, waktu telah pukul 11:30 pagi. Kebetulan, kebaktian bermula pukul 11 pagi. Agaknya 25 jemaat telah berkumpul menunggukan kami. Joo Tatt berkhutbah mengenai kasih Agape. Dia pun nyanyikan lagu �Karena KasihNya�. Di tempat itu sangat panas dan gelap, tanpa ada alat muzik. Walaupun demikian, nyanyian jemaat penuh bersemangat. Joo Tatt terfikir yang Pdt Roma akan membuat panggilan mimbar dan menyerahkan mimbar kepada Pdt Roma. Oleh sebab itu, langsung tidak ada panggilan mimbar di situ. Pdt Roma terjamah hati sebab kasih Agape. Semangat beliau dibarui walaupun beliau baru-baru ini mengalami kekecewaan. Ini adalalah oleh sebab gereja itu telah berhenti berjumpa di rumah itu kerana kekurangan wang. Gereja itu menunggukan dana 1.5 juta Rupiah (RM 667) untuk sewa 3 tahun. Kami tamatkan kebaktian dengan lagu �Ku kasihi kau dengan kasih Tuhan� dan saling bersalam. Joo Tatt dibawa ke rumah seorang jemaat yang suaminya sedang mengalami sakit telinga yang mengandungi air untuk didoakan.

Pujian semasa kebaktian di Km 11 Sidikalang.
Pastor Sanusi menyampaikan firman Tuhan
semasa kebaktian di Km 11 Sidikalang.
Pdt Nurlita - Pendeta
di GSJA Km 11 Sidikalang.
Pastor Sanusi bersama para jemaat
di Km 11 Sidikalang.
Pdt Roma - Pendeta
di GSJA Sitinjo.
Para jemaat di luar GSJA Sitinjo.
Para jemaat di dalam GSJA Sitinjo.
Pada pukul 3 petang, kami menaiki kereta umum ke Dolok Sanggul. Perjalanan berbelitan dan jauh serta penuh asap rokok. Pastor Sanusi rasa hendak muntah tetapi kami berdoa bersama-sama dan puji Tuhan kami sampai ke Matiti, Dolok Sanggul pada pukul 6 petang dengan selamat! Kami berbual dengan Pdt Panjaitan dan makan bersama keluarga mereka. Pdt Panjaitan adalah dari Aceh Tenggara dan telah menjadi gembala sidang selama 20 tahun. Kami berkejar masa untuk kebaktian yang bermula pada pukul 8 malam. Sebanyak 200 lebih jemaat telah berkumpul apabila kami masuk ke dalam gereja. 50 lebih kanak-kanak tengah duduk di atas tikar di lantai. Ada juga lima orang gadis yang menari dengan rebana di hadapan. Isteri Pak Panjaitan memimpin pujian dengan sungguh bersemangat. Pastor Sanusi memberi kesaksian dua orang di kampungnya dan Joo Tatt berkhutbah mengenai kehidupan kita, walaupun ditindas badai, kita harus hidup dengan mata tertuju kepada Tuhan Yesus yang berikan kita kekuatan yang baru. Pada masa panggilan mimbar seramai 40 lebih jemaat maju ke depan untuk didoakan. Pdt Panjaitan pada masa itu memimpin lagu. Justeru, Pastor Sanusi dan Joo Tatt mendoakan jemaat. Kebanyakan jemaat didoakan oleh sebab sakit atau masalah kewangan. Ada juga yang kami tidak memahami sebab mereka menjawab dalam bahasa Batak tetapi kami juga mendoakan mereka.

Isteri Pdt Panjaitan memimpin pujian
semasa KKR di Matiti, Dolok Sanggul.
Para jemaat memuji Tuhan
semasa KKR di Matiti, Dolok Sanggul.
Joo Tatt menyampaikan firman Tuhan
semasa KKR di Matiti, Dolok Sanggul.
Pdt Panjaitan, isteri beliau, Joo Tatt dan keluarga pemimpin gereja
di depan gereja GPdI Matiti, Dolok Sanggul.
28 April, Isnin - Selepas sarapan pagi dan doa berkat untuk keluarga Pdt Panjaitan, kami balik ke Sidikalang. Sekali lagi, perjalanan itu berbelitan dan jauh serta kereta itu penuh dengan asap rokok. Pastor Sanusi sekali lagi rasa mual. Kami berdoa bersama-sama sehingga selamat sampai ke Sidikalang. Kami sampai dekat waktu tengahari dan dijemput Pak Lie ke seminar untuk pelayan-pelayan daerah Dairi. Pdt Kornelius Domingos memberi kesaksian sendiri tentang okultisme. Beliau dahulu adalah seorang dukun beragama Islam. Kami juga berjumpa Pdt Eddy yang menemani Pdt Kornelius. Mereka kedua-dua adalah dari bandaraya Jakarta.

Setelah makan tengahari, kami dibawa bersama Pdt Kornelius ke tapak pembinaan satu gereja di Sidikalang. Pdt Kornelius doakan untuk tapak tanah itu. Kemudian Pak Lie membawa kami ke Wisata Iman - suatu tempat dekat Sidikalang untuk pembangunan iman dan tempat berdoa untuk 4 agama - Kristen, Islam, Hindu dan Budist. Inilah satu initiatif kerajaan demi persefahaman antara agama. Tempat untuk agama Kristen telah dibina tugu menunjukkan Abraham mengorban anaknya Isyak, Yesus bergumul di taman Getsemani dan 3 salib terletak di puncak bukit. Di sini juga Pdt Kornelius doakan agar tempat itu akan digunakan demi kemuliaan Bapa di Syurga.

Bila kami balik ke Sidikalang, kami berjumpa dengan Pdt Nurlita untuk berbincang tentang penyokongan kewangan dari Gereja Kampung Kedat, Mantin. Sesudah istirahat, kami bertolak ke Tiga Lingga. Kami tidak dapat menghubungi Pdt Ginting sebab tidak ada telefon di rumahnya. Saudari Juita yang tinggal di Tiga Lingga berjumpa dengan kami bersama seorang teman lelaki, bernama Junistra. Junistra dan Juita akan berkahwin pada 30 Mei tahun ini. Mereka berdua membawa kami ke Tiga Lingga bersama Pdt Sabar.

Kami sampai di Tiga Lingga pada pukul 5 petang dan berjumpa dengan Pdt Ginting dan isterinya. Pada masa itu, Pdt Ginting sedang mengupas setongkol jagung dari tangkainya. Pak Ginting ada 4 pelayanan berdekatan Tiga Lingga. 3 pelayanan adalah di tempat pedalaman. Isteri Pak Ginting memberi kesaksian tentang pembelian ikan untuk hari itu. Kebetulan, dia jarang beli ikan dan dia tidak tahu yang kami akan sampai rumahnya hari itu sebab tiada hubungan. Pak Ginting dan Juita mula pergi ke rumah jemaat untuk menjemput mereka ke KKR yg baru dipastikan malam itu pukul 8.

Sebab kami belum mandi hari itu, kami dibawa ke sungai selepas makan malam untuk bermandi sungai. Selepas mandi, hujan lebat turun. Kami menaiki kereta Pdt Ginting ke tempat KKR (rumah seseorang Jemaat di Desa Ujung Terang). Di tengah perjalanan kami, adanya jemaat yang memberitahu kami bahawa ada satu Sampri yg tersekat di jambatan sebab jalannya terlalu licin. Kami hentikan kereta dan membawa speaker, keyboard dan mixer ke tempat KKR. Jemaat wanita yang membawa semua alat itu di atas kepala mereka. Kasut dan seluar kami menjadi berlumpur dalam perjalanan kami di jalan yang berlumpur dan licin. Setelah berjalan menaiki dan menurun bukit, kami terjumpa seorang jemaat dalam kereta jip yang bawa kami ke tempat KKR. Kami terlewat sampai - 8:30 malam tetapi ramai jemaat telah menunggukan ketibaan kami. Di rumah ini, dinding dibuat oleh papan dikeluarkan agar lebih ramai yang di luar rumah boleh mengikuti KKR dalam rumah. Pdt Ginting yang sendiri main keyboard dan isteri beliau yang memimpin pujian. Kemudian, Joo Tatt dipanggil untuk memberikan kesaksian tentang anaknya Faith yang berdoa dengan penuh iman dan doanya dikabulkan. Sebelum masa untuk penyampaian firman Tuhan, Pastor Sanusi rasa mengantuk sebab kekurangan tidur dan keletihan mengejar masa. Kami doakan agar Pastor diurapi dengan urapan yang baru dan kekuatan yang baru. Puji Tuhan! Bila sampai masa berkhutbah, tenaga luar biasa datang kepada Pastor. Ramai jemaat terjamah dengan penyampaian firman Tuhan tentang Yesus sebagai dasar hidup kita. Kami doakan jemaat yang datang ke hadapan. Apabila kami balik ke rumah Pak Ginting, sudah lewat malam tetapi kita mengalami kekuatan luar biasa daripada Tuhan.
Isteri Pdt Ginting memimpin pujian
semasa KKR di Desa Ujung Terang.
Para jemaat memuji Tuhan
semasa KKR di Desa Ujung Terang.
Perhatikan papan-papan di dinding belakang
telah dikeluarkan agar lebih ramai
dari luar dapat bersama-sama dalam KKR.
Pastor Sanusi menyampaikan firman Tuhan
semasa KKR di Desa Ujung Terang.
Pdt Ginting dan isterinya bersama para pelayan
semasa KKR di Desa Ujung Terang.
Juita adalah yang nombor 2 dari kanan.
Ibu Megawati, isteri Pdt Ginting, Pdt Ginting bersama Pastor Sanusi

29 April, Selasa - Pada 6 pagi Pdt Ginting dan isterinya yang tidur di ruang tamu bangun untuk doa syafaat. Joo Tatt mengikut bersama. Pak Ginting dan isterinya memang rendah hati dan berdoa, bergumul dan menangis agar Tuhan menguduskan dan menggunakan mereka. Mereka berdoa agar Tuhan menjamah setiap jemaat. Apabila Pastor Sanusi bangun, kami bersama-sama membacakan petikan firman Tuhan yang diletakkan dalam hati Joo Tatt untuk keluarga ini - Ulangan 28:1-14. Ini adalah mengenai berkat yang akan datang kepada mereka yang mendengarkan suara Tuhan dan melakukannya. Satu berkat ialah berkat buah kandungan. Keluarga ini sangat mengingini satu lagi anak. Anak perempuan mereka, Mercy Eucharist telah remaja.

Pada masa sarapan pagi, kami pertama kali memakan berudu masak kelapa. Ini adalah satu lauk yang dimasak istimewa untuk kami daripada seorang jemaat Pak Ginting. Selepas sarapan pagi, kami mandi di sungai. Pada pukul 8 pagi, Pak Ginting membawa kami untuk doakan beberapa orang jemaat yang sakit. Pertamanya ialah seorang lelaki yang digigit ular di kakinya yang masih berluka olah sebab terjatuh dari motorsikal sebelum itu. Nampaknya kaki itu bengkak dan lukanya hampir kering. Kami doakan untuk dia dan menyuruhnya berdoa dengan iman untuk sembuhan sempurna daripada Tuhan Yesus. Kedua ialah seorang lelaki yang sakit jiwa. Kami pergi ke rumahnya untuk doakannya. Kami juga doakan seorang ibu, Megawati. Suaminya meninggalkan dia dan kedua-dua anak nya.

Pada pukul 9 pagi, Pak Ginting membawa kami ke Km 11, Sidikalang. Kami bertemu Pdt Nurlita yang telah membantu kami mencuci pakaian kami. Kami bersama Pdt Nurlita dibawa oleh Pak Ginting ke rumah Pak Lie. Di sana Pak Ginting balik ke Tiga Lingga. Kami pergi ke satu seminar pelayan-pelayan GSJA di Sidikalang.

Seorang pastor dari Amerika Syarikat, pendeta Mark yang menyampaikan firman Tuhan. Beliau datang bersama-sama Pak Bunyamin Munte (Bendahara Majelis Pusat). Mark berkongsi tentang hati gembala yang mesti peka kepada domba-dombanya dan bukannya sensitif terhadap orang lain. Beliau pun menyatakan kepentingan adanya seseorang teman doa yang dapat mendukung kami dalam masa yang kami menghadapi badai. Sesi itu tamat dengan pelayan-pelayan saling memeluk dan memberi dan menerima pengampunan dan juga saling memberi kasih dan menerima kasih. Ramai pelayan-pelayan yang air mata mereka mengalir.

Kami menjemput Pdt Nurlita dan Pdt Roma makan makanan kegemaran Pastor Sanusi - babi panggang. Kebetulan Pastor Sanusi dan Joo Tatt adalah teman doa dan Pdt Nurlita dan Pdt Roma adalah teman doa. Pada pukul 3 petang, kami naik Sampri ke Berastagi. Sopir (pemandu) adalah kaki botol dan kaki rokok. Ia berbau minuman keras. Kami doakan keselamatan perjalanan kami. Puji Tuhan kami dipindahkan kepada satu lagi Sampri yang agak baru dan selesa dan sopirnya bukan kaki botol atau kaki rokok tetapi dia mengantuk pula. Kami juga berdoa untuk keselamatan perjalanan kami. Puji Tuhan! Kami sampai di Berastagi pada pukul 5:30 petang dengan selamat.

Sesudah makan malam, kami mengadakan perbincangan dengan Pak Gordon tentang misi di Sumut. Malam itu, kami tidur awal sebab ada devosi pada pukul 5 pagi keesokan hari. Sebelum tidur, Pastor Sanusi bercirit-birit sedikit tetapi selepas didoakan, Pastor dapat tidur sampai pagi dengan tanpa keperluan untuk ke tandas.

30 April, Rabu - Kami bangun awal-awal dan bersama-sama mengadakan devosi. Kami membacakan 4 bab daripada firman Tuhan dan berdoa syafaat. Pada masa itu, Pastor Sanusi sakit perut teruk. Pastor didoakan dan langsung tersembuh pada pukul 9 pagi. Haleluya!

Joo Tatt mengajar satu sesi SOM (School of Missions) tentang kunci kerajaan Sorga dan tentang mengikat kuasa kegelapan dan melepaskan berkat. Sebelum sesi itu Joo Tatt cuba menginstalkan perisian pada komputer dan ini pada masa itu komputer tiba-tiba rosak. Pak Clarence datang tepat pukul 12:30 tengahari dan kami membawa komputer ke Medan untuk diperbaiki bersama Saudari Ratna.

Kami sampai di Medan pada pukul 3:30 petang dan langsung ke kedai komputer. Tidak lama lagi, eletrik di kedai itu berhenti sejam. Puji Tuhan, Pak Clarence kenal mereka dan pekerja itu menolong memperbaiki komputer walaupun setelah 5 petang. Pak Clarence membawa kami ke rumahnya untuk mandi. Paul, anak Pak Clarence membawa kami kembali ke kedai itu pukul 7 petang. Puji Tuhan! Komputer itu telah siap. Paul menjemput kami makan mi pangsit yang paling baik di Medan. Pada pukul 9 malam, Ratna naik Sinambung (syarikat van) ke Berastagi membawa komputer. Kami balik dan tidur awal oleh sebab kami berasa sangat letih.

1 Mei, Khamis - Kami bangun awal dan Joo Tatt berkongsi devosi (Mat 20:1-14) tentang saling mengampuni, saling mengasihi dan saling menghormati jemaat yang muda dalam pelayanan yang mungkin masih mempunyai banyak kelemahannya. Pada 6:45 pagi Pak Clarence membawa kami ke gereja Kristen Perjanjian Baru untuk kebaktian doa. Air mata Joo Tatt terus mengalir dijamah dalam kebaktian itu. Topik doa ialah kekudasan peribadi, doa untuk keluarga dan kekudusan gereja. Pemimpin Pdt Yusak Toto mengajar dari Kisah Para Rasul bahawa kami perlu berkongsi berita baik. Pak Clarence membawa kami makan mi itik yang paling enak sekali.

Keluarga Pak Clarence di depan rumahnya di Taman Polonia.
Kemudian, beliau bawa kami ke gereja Pak Lukas Timotheus, pendeta GSJA "Anugerah". Selepas persekutuan itu, Pak Clarence membawa kami untuk mendoakan bapa mertuanya yang ada penyakit "Parkinson" Dia begitu gembira melihat Pak Clarence. Sesudah itu, kami di bawa ke seorang teman baik Pak Clarence yang menghadapi sakit ginjal. Sesudah itu, Pak Clarence bawa kami ke Toko Buku Hosana di Tingkat Empat di Medan Plaza. Kami hampir habiskan wang untuk membeli buku-buku, kaset-kaset dan VCD. Pak Clarence menjemput kami makan buah-buahan di Medan Plaza. Pak Clarence membawa kami untuk membeli bika Ambon - kuih yang manis dan sedap dari kedai Acai. Beliau juga berikan kami sebotol jus Markisa. Walaupun begitu sibuk, Pak Clarence menemani kami sampai pekerjanya terpaksa datang mencari Pak Clarence untuk menandatangani cek-cek dan dokumen-dokumen. Sesudah itu, beliau bawa kami ke El Salvador untuk makan nasi goring ayam yang sungguh enak tetapi mahal.

Pada pukul 2:00 petang kami sampai lapangan terbang Polonia. Penerbangan kami adalah pukul 3:10 petang. Kami bayar cukai lapangan terbang sebanyak Rp 75,000 seseorang. Kami sampai di KLIA pada 5:10 petang. Kami menaiki teksi ke Seremban pada pukul 6 petang.

Anak Joo Tatt, Joshua yang pada hari Jumaat yang lepas telah mengalami kecederaan yang teruk pada kakinya. Kakinya tersangkut di roda basikal dan kakinya bengkak sehingga tidak dapat berjalan. Pada hari 30 April, apabila guru-guru dan kawan sekelas menziarahinya di rumah, dia didoakan dan digalak berdiri. Puji Tuhan, dia berdiri malah boleh berlompat. Dia juga dapat memenangi satu pingat perak dalam lumba lari pada hari sukan sekolahnya. Haleluya! (Hanya dua pasukan yang bertanding!)

Joo Tatt dan isterinya Joo Ee,
serta Debra, Grace, Faith dan Joshua.
Keluarga Joo Tatt bersama Pastor Sanusi
Pastor Sanusi dan isterinya Dewi,
serta Rebecca dan Priscilla.
Van Pastor Sanusi tidak dapat dihidupkan walaupun Joo Ee, isteri Joo Tatt telah cuba beberapa kali pada beberapa hari. Jiran Joo Tatt juga cuba tetapi tidak berjaya. Walau bagaimanapun kami tetap berdoa dan puji Tuhan! Ia dapat dihidupkan pada cubaan kali pertama! Haleluya!

Pastor Sanusi langsung pulang untuk memimpin kebaktian malam itu pada pukul 8 malam. Walaupun kami letih tetapi memang kami telah diberikan kekuatan baru yang luar biasa.

Isaiah 40:31 (Kitab Indonesia):
Tetapi orang-orang yang menanti-nantikan TUHAN
mendapat kekuatan baru:
mereka seumpama rajawali yang naik terbang
dengan kekuatan sayapnya;
mereka berlari dan tidak menjadi lesu,
mereka berjalan dan tidak menjadi lelah.